fbpx

PGA tumpaskan dua sindiket arak, rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal Abidin (tengah) bersama arak dan rokok seludup yang berjaya dirampas PGA ketika sidang akhbar, dekat sini hari ini.

KAJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok tidak bercukai membabitkan nilai rampasan RM23.7 juta dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan menerusi Op Kontraban, semalam.

Ketiga-tiga individu yang berusia lingkungan 29 hingga 34 tahun dan berperanan sebagai transporter (penghantar) itu ditahan pegawai dan anggota Batalion 4 PGA Semenyih.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, kesemua mereka ditahan menerusi serbuan di Shah Alam dan Klang selepas hasil risikan sejak dua bulan lalu.

“Dalam serbuan pertama pukul 6 pagi, dua lelaki ditahan ketika memandu lori kontena berasingan dan kita menjumpai 87,150 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM7,784,900 dengan nilai cukai kira-kira RM12.28 juta.

“Hasil maklumat suspek, polis sekali lagi membuat serbuan ke sebuah premis di Kapar, Klang Utara pada pukul 8.30 pagi dan berjaya mengesan satu lagi sindiket penyeludupan minuman keras.

“Seorang lagi lelaki ditahan bersama 1,295 kotak arak tidak bercukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena yang dianggarkan bernilai RM1.48 juta dengan nilai cukai sebanyak kira-kira RM1.97 juta,” ujarnya ketika sidang akhbar di Batalion 4 PGA Semenyih, dekat sini hari ini.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek turut mengaku berperanan sebagai penghantar bebas dengan memperoleh bayaran antara RM100 hingga RM300 bagi sekali penghantaran mengikut kawasan.

“Namun begitu, suspek mendakwa mereka tidak tahu menahu berkenaan jenis barangan yang dihantar selain tidak mengenali dalang sindiket tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan wujud penglibatan ‘orang dalam’ berkaitan rantaian sindiket penyeludupan itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan kakitangan awam yang terlibat,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI