fbpx

Ayash Affan keluar dari hospital tiga minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib.

PETALING JAYA – Anak bongsu kepada pelawak popular, Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, perkembangan yang ditunjukkan Ayash yang kini berusia 20 hari sangat baik selepas dikeluarkan daripada inkubator Isnin lalu.

“Alhamdulillah, bayi saya dah pun dikeluarkan daripada inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).

“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia dah boleh keluar dan dibawa pulang ke rumah,” katanya.

Terdahulu, Shuib dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.

“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” ujarnya.

Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar dan bukan dalam kalangan keluarga sendiri.

Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan selama tiga hari.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI