fbpx

Sultanah Nur Zahirah akan beri keterangan kes saman fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membuktikan kes samannya terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain.

Perkara itu ditentukan selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengecualikan Sultanah Nur Zahirah daripada memberi keterangan dalam kes saman tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang bersidang bersama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Lee Heng Cheong sebulat suara membenarkan rayuan ketiga-tiga pihak.

Mahkamah berpuas hati bahawa saman tersebut perlu didengar dan diputuskan melalui perbicaraan penuh, bukan menerusi penentuan persoalan undang-undang.

Sebelum itu, panel berkenaan mendengar penghujahan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili perayu-perayu manakala Vishnu Kumar mewakili Sultanah Nur Zahirah.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd. Haaziq Pillay memberitahu media, pihaknya akan mengemukakan permohonan agar Sultanah Nur Zahirah memberi keterangan melalui sidang video atas faktor keselamatan.

Pengurusan kes ditetapkan Khamis ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga pihak merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 13 Disember 2019 yang membenarkan permohonan Sultanah Nur Zahirah mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, iaitu supaya kes saman itu diputuskan melalui isu undang-undang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI