fbpx

Sindiket dadah didalangi warga tempatan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah dianggarkan bernilai RM107,660 berjaya dirampas menerusi penahanan empat lelaki sejak kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang aktif sejak tiga bulan lalu tumpas dengan penahanan empat lelaki di sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua hari bermula kelmarin.

Suspek yang berusia lingkungan 34 hingga 49 tahun itu ditahan bersama dadah jenis methamphetamine dan heroin seberat 4.73 yang dianggarkan bernilai RM107,660.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, kejayaan itu dilakukan hasil risikan polis melalui Ops Limestone selama tiga minggu ke atas sindiket berkenaan.

“Pasukan JSJN telah melakukan empat siri serbuan selama dua hari bermula kelmarin di Taman City (Sentul), Taman Mastiara (Jinjang), Jalan Klang Lama, (Brickfields) dan Taman Wangsa Permai.

“Kita dapati sebuah premis di Jalan Klang Lama telah dijadikan sebagai stor penyimpanan dadah dan disewa selama tiga bulan oleh salah seorang suspek dengan anggaran sewa RM900 sebulan,” ujarnya dalam kenyataan.

Jelas beliau, keseluruhan dadah yang dirampas itu mampu menampung penggunaan seramai 9,466 individu (pengguna dadah).

“Menerusi penahanan kesemua suspek itu, kita berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan yang dikesan aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang,” ujarnya.

Katanya, hasil semakan juga mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI