fbpx

Sedia balas kepercayaan Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIXON akan beraksi pada saingan MotoGP di Litar Silverstone minggu depan selepas dipilih menggantikan Crutchlow yang akan berlumba untuk pasukan Monster Energy Yamaha. – AFP

LONDON – Pelumba kelahiran Britain, Jake Dixon akhirnya diberi peluang untuk membuat kemunculan pertama pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas menjadi pilihan pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) untuk aksi Grand Prix (GP) British minggu depan.

Sebagai rekod, Dixon yang sebelum ini bersaing untuk kelas Moto2 mewakili Petronas Sprinta Racing dipilih untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Cal Crutchlow yang dinaikkan pangkat untuk mewakili pasukan Monster Energy Yamaha pada saingan di Litar Silverstone nanti.

Situasi ini disebabkan oleh keputusan Monster Energy Yamaha menamatkan kontrak pelumba sensasi Sepanyol, ­Maverick Vinales berkuatkuasa serta merta ekoran kontroversi yang melanda kedua-dua pihak baru-baru ini.

Kata Dixon, kesempatan yang diberikan oleh Petronas SRT berbekalkan status pelumba tuan rumah tidak akan disia-siakan terutamanya apabila bakal berlumba di hadapan puluhan ribu penyokong tempatan.

“Sudah menjadi impian saya sejak kecil untuk berlumba pada kelas MotoGP. Selepas empat tahun bersaing pada saingan Moto2, saya boleh katakan cukup bersedia untuk mengharungi perlumbaan itu nanti.

“Malah, saya yakin tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan jentera Yamaha YZR-M1 yang sememang­nya mempunyai kualiti yang saya idamkan bagi memberi saingan di tahap tertinggi.

“Terima kasih kepada pengurusan Yamaha ke­rana yakin de­ngan potensi yang saya ada.

“Sudah tentu saya tidak akan sia-siakan peluang ini terutama­nya apabila berlumba di tempat sendiri dengan status selaku pelumba tuan rumah,” kata Dixon yang berusia 25 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI