fbpx

Kg. Balung Cocos sekali lagi kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih 1,000 penduduk Kampung Balung Cocos di Tawau, Sabah sekali lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Selasa ini, iaitu antara lima lokaliti di dua negeri diwartakan perintah itu.

Perkampungan masyarakat Melayu Cocos itu pernah dikenakan PKPD selama tempoh 14 hari dari 1 Julai sehingga 14 Julai lepas.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut dilaksanakan PKPD di negeri berkenaan ialah Kampung Buanog Matunggong, Kudat manakala baki tiga lokaliti lagi terletak dalam Jajahan Tumpat, Kelantan.

Ini termasuk Kampung Bunut Sarang Burung, yang pernah merekodkan sebuah institusi pendidikan agama terkenal di lokaliti tersebut diwartakan PKPD dari 16 April sehingga 2 Mei lalu susulan kluster rentas negeri melibatkan kes pertama dari seorang pelajar berusia 16 tahun yang pulang ke Malaysia kemudian mencetuskan varian baharu, Beta dari Afrika Selatan.

Turut dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah Kampung Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang dengan kesemuanya itu dijangka tamat perintah berkenaan pada 6 September ini.

“Dua lokaliti di Sabah yang dilaksanakan PKPD sejak 10 Ogos lalu disambung lagi membabitkan kawasan Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Taman Semarak Indah yang kedua-duanya terletak dalam Bahagian Tawau susulan trend kes Covid-19 masih tinggi,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI