fbpx

Warga emas didakwa bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun didakwa hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dengan cara mengelar leher mangsa dalam kejadian di Gopeng, minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atas Lim Hon Koi dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Prosiding kes itu dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berikutan Hon Koi sedang menerima rawatan di hospital berkenaan kerana mengalami masalah radang usus.

Dia didakwa mengelar leher isterinya, Chan Moy, 74, di dalam bilik tingkat bawah di Taman Desa Cahaya dekat Gopeng, antara pukul 8 malam pada 8 Ogos hingga 7.30 pagi, 9 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nazreen Zabarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! pada 9 Ogos lalu melaporkan, seorang wanita warga emas berusia 74 tahun ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di bilik bawah sebuah rumah dua tingkat di mana terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Turut ditemui di sebelah mayat mangsa ialah sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. -K! ONLINE’

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI