fbpx

Pas tetap komited pada MN, PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Perkembangan politik semasa tanah air yang menyaksikan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin lalu tidak menggugat komitmen Pas dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti tersebut tetap akan mempertahankan MN dan PN demi keutuhan masyarakat Melayu Islam negara ini.

“Tiada perubahan yang negatif, Pas tetap komited mempertahankan PN dan memperkukuh PN kerana itu kunci kesatuan Melayu Islam untuk menjadi kelompok kuat dan disegani dalam negara ini,” katanya di sini hari ini.

MN merupakan gabungan yang dibentuk oleh Pas dan Barisan Nasional (MN) manakala PN pula terdiri daripada parti tersebut bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri percaya situasi yang berlaku pada kepimpinan negara pada waktu ini tidak akan menggugat keutuhan kedua-dua gabungan MN dan PN.

Sebaliknya, Menteri Besar Terengganu itu yakin krisis kepimpinan menyaksikan Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran kehilangan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen boleh diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Itu hanya pergerakan yang berlaku dalam keluarga. Kalau pinggan mangkuk bersentuh-sentuh, (mesti) berbunyilah sedikit. InsyaAllah, apabila duduk elok-elok, pingan mangkuk itu akan duduk di tempat dia,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, kesemua 18 Ahli Parlimen Pas sudah menyatakan pendirian berhubung calon Perdana Menteri baharu dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI