fbpx

Kanak-kanak lebih mudah menularkan Covid-19 berbanding remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi dan kanak-kanak berusia beberapa bulan hingga tiga tahun lebih cenderung menularkan Covid-19 kepada isi rumah. -Anadolu Agency via AFP

OTTAWA – Satu kajian terbaharu mendapati kanak-kanak kecil lebih mudah menularkan virus Covid-19 kepada orang lain berbanding remaja, lapor rangkaian berita televisyen ABC News kelmarin.

Secara spesifiknya, kanak-kanak berumur tiga tahun dan kebawah lebih mudah menularkan virus itu kepada ahli keluarga lain di dalam rumah berbanding kanak-kanak dan remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Kajian yang diterbitkan dalam data kesihatan awam dari Ontario, JAMA bagi mengenal pasti kluster Covid-19 di mana kanak-kanak menjadi punca penularan kes Covid-19 di dalam sebuah rumah.

Kajian tersebut memengemaskini pemahaman pasukan penyelidik terhadap risiko jangkitan Covid-19.

Ketika awal pandemik, beberapa saintis mengatakan bahawa risiko jangkitan menurun seiring dengan pertambahan usia. Namun, andaian tersebut mungkin dibuat kerana perintah berkurung dan penjarakan fizikal menjadikan kanak-kanak kurang bergaul.

“Dalam sesetengah kes, ini bertentangan dengan apa yang pernah diberitahu sebelum ini.

“Kami tahu kanak-kanak boleh dijangkiti dan menjangkiti virus dan kami belajar lebih banyak mengenainya,” kata pakar pediatrik penjagaan primer dan penolong profesor pediatrik di Columbia University Irving Medical Center, Dr. Edith Bracho Sanchez.

Sementara itu, bayi dan kanak-kanak lebih cenderung menyebarkan penyakit kepada ibu bapa dan penjaga kerana melibatkan kntak secara langsung.

“Kanak-kanak berusia beberapa bulan sehingga tiga tahun dijaga dan dipegang dengan cara berbeza iaitu dipeluk,” kata kata Dr Paul Offit, pengarah Pusat Pendidikan Vaksin dan profesor pediatrik di Bahagian Penyakit Berjangkit, Hospital Kanak-Kanak Philadelphia.

Risiko kematian dan penyakit teruk masih jauh lebih rendah pada kanak-kanak yang lebih muda berbanding remaja dan orang dewasa.

Kajian ini tidak bermaksud bahawa kanak-kanak yang sangat kecil lebih cenderung mati jika dijangkiti Covid-19, sebaliknya mereka lebih cenderung menyebarkan virus berbanding yang diandaikan sebelum ini.

Kajian tersebut dijalankan tahun lalu ketika kemunculan varian Delta dan lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami risiko jangkitan dalam konteks varian. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI