fbpx

Cahaya ganjil dari dalam Sungai Thames

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman foto yang menunjukkan cahaya dari dalam Sungai Thames. - My London WS

LONDON – Pengguna internet kelmarin terkejut dan tertanya-tanya tentang penampakan cahaya misteri didakwa berasal daripada makhluk asing yang dikesan dari dalam Sungai Thames di London kelmarin, lapor laman Metro UK kelmarin.

Seorang pengguna Facebook, Juliana Asayevich memuat naik foto tersebut dalam laman sembang penduduk tempatan Canary Wharf dan bertanyakan tentang cahaya ganjil itu.

Orang ramai berkongsi teori mereka dengan salah seorang berkata, cahaya itu mungkin datang daripada sebuah kapal selam.

Seorang lagi netizen berkata, cahaya itu mungkin merupakan objek terbang tidak dikenali (UFO),  manakala sebilangan pengguna lain berjenaka dengan memberitahu bahawa ia mungkin karakter daripada siri animasi popular Pixar, Nemo.

“Berenanglah Nemo, mereka akan menangkap awak,” tulisnya.

Seorang netizen lain pula berkata,  cahaya itu mungkin berasal daripada basikal kerana sebelum ini, terdapat insiden basikal yang dibuang ke dalam sungai itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI