fbpx

75 Polis Selangor dikenakan tahan, gantung kerja akibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SHAH ALAM – Seramai 75 anggota dan pegawai Polis Selangor telah ditahan dan digantung kerja selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam tempoh empat tahun bermula 2017.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, secara pecahannya adalah melibatkan penahanan kerja sebanyak 59 individu manakala digantung kerja seramai 16 orang.

“Untuk rekod juga, sepanjang tahun ini sehingga Julai melibatkan 16 individu atas kesalahan sama.

“Kita memandang serius penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggota dan tidak berkompromi terhadap mana-mana salah laku dan apa jua tindakan perlakuan menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memberitahu, ketua balai polis di Kajang yang berpangkat sub inspektor yang didapati positif ganja selepas berparti liar di balainya itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana sindiket dadah.

“Dari segi pertuduhan, kita telah rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan masih menunggu arahan selanjutnya,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tembelang seorang ketua balai bersama tiga anggotanya yang berpesta sambil meneguk minuman keras di bilik khas yang dijadikan sebagai ‘disko’ di sebuah balai polis di Kajang, dekat sini terbongkar selepas diserbu pasukan dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, pukul 3 petang pada 20 Julai lalu.

Ujian saringan air kencing terhadap ketua balai yang berusia 55 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis ganja. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI