fbpx

Polis, tentera siap siaga jaga keamanan negara – KSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali memberi jaminan anggota pasukan keselamatan terutama polis dan tentera sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan serta ketenteraman awam.

Beliau berkata, dalam mendepani situasi semasa, pihaknya memberi jaminan perkhidmatan awam sentiasa komited bagi memastikan penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar sedia ada.

Menurutnya, urusan pentadbiran perkhidmatan awam juga tidak akan terkesan ekoran situasi semasa negara terutama dalam mendepani cabaran serius wabak Covid-19 pada ketika ini.

“Penjawat awam juga akan terus menggalas amanah dipertanggungjawabkan seperti termaktub Perlembagaan Persekutuan.

“Urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua jabatan persekutuan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI