fbpx

Biar dia ‘melalak’ dulu, tunggu tindakan saya – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANG mulut Diva AA dan Che Ta kini berlarutan hingga timbul isu saman dan melibatkan pihak polis.

PETALING JAYA – Pelakon versatil Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat berhubung isu saman fitnah yang dikemukan pengacara kontroversi Azwan Ali kepadanya.

Che Ta ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia enggan untuk ambil pusing perkara tersebut dan hanya menunggu surat saman daripada peguam Azwan untuknya.

“Buat masa ni saya malas nak fikir. Saya tunggu saja surat saman daripada dia. Dah dekat dua minggu juga saya menunggu.

“Terserahlah apa pun dia nak buat. Nak membebel ke, melalak ke, merentan seorang diri ke, ikut dia lah,” katanya.

Tambah Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, 49, setibanya surat saman daripada pihak Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, dia dan peguamnya juga akan lakukan perkara sama.

“Saya dan peguam memang lama dah tunggu. Saman sampai je, terus kami pun akan hantar surat saman balas juga,” ujarnya.

DIVA AA hari ini membuat laporan polis terhadap Che Ta yang didakwa menulis kenyataan fitnah terhadapnya hingga merosakkan reputasinya sebagai seorang penggiat seni. – K! ONLINE

Kosmo! sebelum ini melaporkan Che Ta tiba-tiba menjadi mangsa kecaman seorang pengacara yang terkenal dengan mulut puakanya itu hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pemberian vaksin di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI