fbpx

Toyota Avanza rempuh plaza tol, pemandu terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPV Toyota Avanza yang remuk selepas terbabit kemalangan di Plaza Tol Kubang Semang di BKE dekat Permatang Pauh hari ini. Foto IHSAN JBPM

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dilaporkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Plaza Tol Kubang Semang, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth dekat Permatang Pauh di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.02 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah Toyota Avanza yang telah melanggar rumah tol.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang belum dikenal pasti identiti didapati tersepit dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti dan Perai melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas pada pukul 2.43 petang sebelum operasi ditamatkan pada pukul 2.51 petang.

Sementara itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku apabila MPV berkenaan yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan sebelum melanggar tembok batu plaza tol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI