fbpx

7,318 petugas kesihatan lengkap divaksin kena Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 7,318 kes petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang lengkap divaksin dilaporkan mendapat jangkitan Covid-19 dengan sebahagian besar adalah kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, angka peratusannya iaitu 2.94 peratus adalah rendah daripada keseluruhan 248,874 petugas kesihatan yang lengkap menerima dua dos suntikan imunisasi Covid-19.

“Ia melibatkan 2,353 kes kategori satu (tiada gejala), 4,948 kes kategori dua (gejala ringan), 10 kes kategori tiga (radang paru-paru), empat kes kategori empat (memerlukan oksigen) dan tiga kes kategori lima (rawatan ICU).

“Daripada kes kategori lima, dua kematian direkodkan dan satu kes masih dirawat di ICU serta diberikan alat bantuan pernafasan. Walaupun sudah diberikan vaksin penuh, masih boleh dijangkiti tetapi keparahan jangkitan kurang berbanding tidak diberikan vaksin.

“Ia boleh juga berakhir dengan kematian tetapi amat rendah 0.04 peratus. Justeru, KKM menggesan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk tampil mendapatkan vaksin Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI