fbpx

Percuma hanya untuk pengurusan jenazah bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengecualian bayaran bagi jenazah Islam yang meninggal akibat Covid-19 hanya melibatkan pengurusan bersepadu yang dijalankan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengurusan itu dijalankan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menyediakan kenderaan jenazah dan sebagainya.

Katanya, campur tangan kerajaan negeri itu selepas berlakunya lambakan kes jenazah di Selangor dan Kuala Lumpur dengan perkara itu juga ditimbulkan dalam mesyuarat pasukan bertindak Greater Klang Valley yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Setakat ini, percuma hanya pengurusan bersepadu berikutan menguruskan bersama PBT dan JAIS. Kita pasti ada khairat kematian dalam agama Islam dan kita akan cuba membantu menerusi sistem tersebut untuk mengurangkan masalah sekiranya timbul.

“Di Selangor, kita memfokuskan pengurusan itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang; Hospital Sungai Buloh dan Hospital Shah Alam untuk pusat pengebumian di Tanah Perkuburan Seksyen 21 selain di Serdang dan beberapa kawasan dikenal pasti adalah pengebumian di Cyeberjaya,” katanya pada sidang akhbar secara maya berkenaan status terkini dan usaha vaksinasi di Selangor hari ini.

Terdahulu, timbul isu apabila ramai pihak waris terkeliru dengan menyangka tiada bayaran dikenakan bagi jenazah Covid-19 ketika menuntut jenazah susulan kenyataan dikeluarkan JAIS bahawa tiada bayaran dikenakan bagi pengurusan jenazah tersebut.

Amirudin memberitahu, beliau sedia maklum dan menerima laporan berhubung caj tinggi bagi pengurusan jenazah Islam dan bukan Islam.

“Semalam, kita bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan terperinci dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja, V. Ganabatirau dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron akan mengkoordinasi dan mengenalpasti isu tersebut agar dapat diselesaikan selain dibantu JAIS.

“Bagi mereka yang mampu melaksanakan bayaran untuk proses itu, kita tidak akan menghalang dan sekiranya tidak mampu akan dibantu kerajaan negeri dalam mengurangkan beban mereka dan mengelakkan caj berlebihan dan tidak masuk akal dalam pengurusan jenazah Covid-19 sahaja,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jenazah Islam dapat diselesaikan dalam tempoh 24 hingga 36 jam namun bagi mayat bukan Islam mengambil lebih masa sehingga dua hingga tiga hari dan kita berusaha memendekkannya dengan isu timbul disebabkan pembayaran.

“Sementara itu, MMKN semalam juga memutuskan menambah peruntukkan RM1 juta lagi berbanding RM1.5 juta telah disalurkan sebelum ini bagi manfaat khairat kematian RM1,000 kepada keluarga dan mangsa Covid-19 dengan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan,” katanya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI