fbpx

Geng Acoi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dan senjata yang dirampas polis.

AMPANG JAYA – Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun bersenjata yang dikenali sebagai Geng Acoi dengan tertangkapnya lapan warga tempatan melalui beberapa siri serbuan di lima lokasi berbeza di Selayang, Gombak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan itu dibuat susulan aduan sebanyak enam kes samun berkawan menggunakan senjata yang dilaporkan sepanjang hujung bulan Julai sehingga awal Ogos di sekitar daerah Ampang Jaya.

“Kumpulan suspek ini menyasarkan mangsa ketika berjalan kaki berseorangan dengan bertindak menggunakan parang bagi menakutkan mangsa lalu merampas barangan milik mangsa antaranya, dompet duit, bag galas, wang tunai dan telefon bimbit dan lain-lain barangan yang berharga.

“Peningkatan kes ini secara mendadak dan berlaku hampir setiap hari amat membimbangkan. Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan dan menahan kumpulan penjenayah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Farouk berkata, hasil serbuan tersebut, pasukan polis berjaya menangkap lapan orang warganegara tempatan termasuk seorang wanita, berusia dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun.

“Salah seorang tangkapan bekerja sebagai Pendawaian, manakala tujuh lagi suspek tidak bekerja. Secara keseluruhan pihak polis juga berjaya merampas 74 buah telefon bimbit, tiga buah komputer riba yang dipercayai hasil kejadian samun.

“Selain daripada itu, turut dirampas tiga bilah parang, empat bilah pedang, dua bilah pisau lipat, tiga bilah pisau, sebilah kapak, dua biji power bank dan enam buah motosikal yang dipercayai digunakan sewaktu melakukan perbuatan samun,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI