fbpx

Kenyataan hak undi dihad kepada individu lengkap vaksin palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan akhbar palsu.

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung penubuhan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan-cadangan mengehadkan hak mengundi kepada pengundi-pengundi yang lengkap menerima vaksinasi.

Pejabat Perdana Menteri berkata, kenyataan yang menggunakan jata negara dan nama Pejabat Perdana Menteri itu adalah palsu.

Terdahulu satu kenyataan kononnya daripada Pejabat Perdana Menteri tular mendakwa kerajaan akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Khas untuk meneliti cadangan-cadangan mengehadkan hak mengundi kepada pengundi-pengundi yang telah divaksinasi penuh.

Kenyataan itu mendakwa, cadangan tersebut akan dibentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri dan mengalukan-alukan cadangan konstruktif daripada parti-parti politik serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI