fbpx

Messi ke Paris, bakal meterai perjanjian bersama PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dan keluarga tiba di Lapangan Terbang El Prat, Barcelona untuk menaiki pesawat ke Paris bagi memeterai perjanjian bersama PSG. - AFP

BARCELONA – Bintang sensasi bola sepak dunia, Lionel Messi dilaporkan sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Paris Saint-Germain dan akan menjalani ujian perubatan untuk mengesahkan perjanjian tersebut.

Messi dilaporkan sudah berlepas ke Paris untuk proses memetarai kontrak berkenaan sekali gus mengesahkan bahawa dia tidak akan lagi bersama Barcelona biarpun terdapat khabar angin ada usaha untuk mengekalkannya di Camp Nou.

 

PARA peminat PSG memenuhi Lapangan Terbang Le Bourget di utara Paris untuk menantikan ketibaan Messi. – AFP

Menurut sumber, Messi bakal menerima pendapatan sekitar £25 juta hingga £30 juta (RM146.53 juta-RM175.83 juta) semusim di Parc des Princes dan diberikan pilihan untuk kekal bagi tempoh 12 bulan lagi selepas kontrak dua tahun itu berakhir.

Bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya pendapatan yang akan diterima kapten Argentina itu sebaliknya turut akan diberikan bonus individu selain turut berpeluang mendapat bahagian daripada bonus pasukan.

SEORANG pekerja di Camp Nou membuang poster yang tertera gambar Messi selepas pemain itu sah meninggalkan Barcelona. – AFP

Messi dilaporkan mendapat tawaran dari dua kelab lain, namun nekad untuk memilih PSG sebagai destinasi berikutnya dalam karier.

Laporan turut menyebut, Atletico Madrid berusaha untuk memujuk Messi dengan menggunakan Luis Suarez yang merupakan teman rapatnya selain Manchester City dan Inter Milan turut dikaitkan dengan perpindahan pemenang enam Anugerah Ballon d’Or itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI