fbpx

Warga emas 108 tahun terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leha menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV Hospital Pakar KPJ Perlis dekat sini pagi tadi.

KANGAR – Seorang wanita warga emas yang mendakwa berusia kira-kira 108 tahun tidak gentar menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pakar KPJ Perlis dekat sini hari ini.

Leha Sudin yang berasal dari Kuala Sungai Baru, Sanglang berkata, dia tidak risau menerima suntikan vaksin tersebut kerana tahu apa yang dilakukan adalah untuk memastikan keselamatan dirinya daripada wabak Covid-19.

Dia yang mendaftar kad pengenalan pada tahun 1930 pada usia 17 tahun menjadikan umur pada kad pengenalan adalah 91 tahun berkata, proses menerima suntikan vaksin adalah pantas dan dia tidak berasa sakit.

“Tidak ada apa-apa pun yang perlu dirisaukan. Janji kita selamat dan sihat, itupun sudah bersyukur.

“Alhamdulilah, walaupun sudah berusia tetapi masih sihat lagi. Masa muda-muda dulu saya buat kerja menanam padi sahaja, erja-kerja berat yang lain tak ada,” katanya ketika ditemui selepas menerima suntikan vaksin di sini hari ini.

Sementara itu, anaknya, Rasmid Omor, 54, berkata, mereka memilih untuk mendaftarkan ibunya yang sudah lanjut usia itu kerana bimbang dijangkiti virus Covid-19 kerana warga emas itu masih lagi sihat dan boleh berjalan di sekitar rumah. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI