fbpx

Siti Sarah mahu bayar sewa rumah orang miskin, anak yatim – Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERGIAN Siti Sarah turut dirasai pendakwah bebas, Ebit Lew yang mendedahkan penyanyi itu pernah menyuarakan hasrat membayar sewa rumah orang miskin.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mendedahkan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pernah meluahkan hasrat untuk membayar sewa beberapa kediaman orang miskin sewaktu hayatnya masih dikandung badan.

Menerusi satu entri dalam Instagram Story, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew turut mendoakan agar urusan Allahyarham bertemu dengan Ilahi dipermudahkan.

“Ya Allah sedihnya rasa. Insya-Allah, Shuib, Siti Sarah dan anak-anak semuanya akan bersama kembali dalam syurga Firdaus.

“Siti Sarah banyak kali tanya kepada saya ingin bayarkan sewa beberapa rumah orang miskin yang saya uruskan dan anak yatim yang saya bantu sekolahkan. Semoga Allah beri Syurga Firdaus kepadanya.

“Sabar ya Shuib, Allah sayang. Insya-Allah,” kata Ebit.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Berita duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi tersebut, Indigital Music dan disahkan suaminya sendiri, Shuib. Siti Sarah meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19.

Terdahulu, penyanyi itu juga terpaksa ditidurkan untuk tujuan proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan, Ayash Affan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI