LENGGONG – Orang ramai boleh meminta pengusaha restoran dan pekerja mengemukakan pengesahan lengkap dua dos vaksin Covid-19 dalam aplikasi MySejahtera susulan kebenaran ‘dine in’ di premis bagi negeri Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula esok
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu bagi menjawab keraguan pelanggan yang bimbang dengan status pemilik premis dan pekerja sama ada telah menerima suntikan imunisasi atau tidak.
“Jika kita ragu-ragu, kita boleh bertanya kepada pekedai. Pelanggan berhak untuk tanya dan minta untuk lihat MySejahtera (sijil digital vaksinasi).
“Lagi pula, kita memang boleh periksa sesama kita (sama ada telah divaksin atau tidak),” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Merdeka Lenggong di sini hari ini.
Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aktiviti makan di dalam premis akan dimaklumkan dalam masa terdekat.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929