fbpx

UPSI tawar Azizulhasni biasiswa PhD, jawatan pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan biasiswa serta jawatan pensyarah kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan pencapaian membanggakan pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun hari ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Md. Amin Md. Taff berkata, pencapaian Azizulhasni yang konsisten serta prinsip ‘Demi Malaysia’ beliau terlalu bermutu dan harus diraikan dalam semangat kecemerlangan pendidikan berteraskan realiti keinsanan.

“Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhasni yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.

“Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan basikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang yang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.

Md. Amin berkata, UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan perjawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Olimpik Tokyo 2020 mahupun Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, universiti yang memiliki kemudahan sukan berteknologi tinggi bertafraf antarabangsa melalui UPSI Sport City itu berhasrat menjadi fakulti peneraju Sains Sukan di Malaysia dan antarabangsa selain memiliki 12 makmal utama dalam bidang berkenaan.

Barisan atlet negara yang menyertai UPSI ialah Mon Redee (pemanah), Hazuan Hizan (tenis), Md. Amin Md. Taff, Jaffry Zakaria, Benderi Dasril (kayak), Faeez Alias (ragbi), Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak (pencak silat), Nelfianty Mohd Rashid (hoki) dan Firdaus (petanque). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI