fbpx

Penduduk kibar Jalur Gemilang rai tamat PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Taib Ubah mengibarkan Jalur Gemilang bersama kanak-kanak sempena program Sepakat@Komuniti di Medan Klebang Restu di sini hari ini.

IPOH – Penduduk Medan Klebang Restu di sini meraikan ‘kebebasan’ berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut hari ini umpama pesta dengan mengibarkan Jalur Gemilang di hadapan rumah masing-masing.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohd. Taib Ubah berkata, program Sepakat@Komuniti sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang itu anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kinta dan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Katanya, program itu disertai tujuh agensi yang terlibat secara langsung di kawasan PKPD tersebut sejak 26 Julai lalu termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kinta.

“Lokasi PKPD Medan Klebang Restu ini dipilih sempena berakhirnya PKPD di kawasan itu hari ini. Sambutan dalam norma baharu ini dijalankan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Pada program ini, kumpulan konvoi akan bergerak mengelilingi kawasan perumahan sambil dimeriahkan dengan hebahan pematuhan SOP dan kempen kibar Jalur Gemilang serta lagu-lagu patriotik,” katanya di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Pegawai Daerah Kinta, Meor Hezbullah Meor Abd. Malik itu turut dihadiri Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI