fbpx

Kerja baik pulih tebing runtuh berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah penduduk yang ranap ketika kejadian rekahan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas pada 17 Februari lalu.

PASIR MAS – Kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali projek membaik pulih tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi di sini yang runtuh 17 Febuari lalu telah memulakan tugas pada Khamis lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM65 juta itu mengambil masa selama tiga bulan dan dijangka siap sebelum 5 November depan iaitu sebelum berdepan musim tengkujuh.

Menurutnya, daripada kos itu, RM45 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja mengorek pasir di kawasan seberang Pasir Mas merangkumi tugasan menstabilkan tebing di lokasi runtuhan melibatkan kerja-kerja meletakkan batu-batu, membina benteng dan proses mengorek sungai.

“Kesemua kerja-kerja ini akan berjalan secara serentak dan ia merupakan langkah terbaik untuk membendung masalah rekahan tanah daripada terus berlaku.

“Meskipun berdepan pergolakan politik selain jangkitan Covid-19 ketika ini, kerajaan terus komited dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat. Ia merupakan komitmen kerajaan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bagi memastikan projek ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan projek pelaksanaan segera bagi menangani bencana runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mustapa, baki RM20 juta dalam projek itu digunakan untuk membayar pampasan tanah dan bangunan sebanyak RM11 juta manakala RM9 juta bagi kerja-kerja perundingan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI