fbpx
Noor Azmi Ghazali (Kanan)memberi suntikan Vaksin jenis Astra Zeneca kepada Hafiq Ahmad di PPV Bagan Serai.

Dakwaan petugas beri suntikan berbeza disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Kementerian Kesihatan sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Al Hana, Sik, Kedah melakukan kesilapan memberi suntikan berlainan bagi dos kedua pada Khamis lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya belum lagi menerima laporan penuh berhubung perkara itu, namun ia dipandang serius.

Menurut beliau, suntikan vaksin berlainan pernah dibuat di luar negara seperti di United Kingdom (UK), namun Malaysia belum lagi mengamalkan seperti itu.

“Petugas di UK memberikan campuran vaksin antara Astrazeneca dengan Pfitzer tapi sepanjang pengetahuan saya belum ada lagi pemberian Pfitzer dengan Sinovac.

“Secara dasarnya tiada masalah, namun harus diingat Malaysia belum diberi kebenaran untuk melakukan perkara seperti itu,” katanya kepada pemberita di PPV Dewan Datuk Zainal Abidin Zin Bagan Serai hari ini.

Mengulas tentang dakwaan berlakunya kesilapan petugas itu, Noor Azmi tidak menolak kemungkinan disebabkan keletihan.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa ibunya tersalah menerima vaksin jenis Sinovac untuk dos kedua sedangkan dos pertama daripada jenis Pfizer di sebuah PPV Al Hana di Sik Kedah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN