fbpx

Azizulhasni tempah slot final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI mara ke aksi final selepas meraih tempat pertama aksi separuh akhir sebentar tadi.

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyelesaikan tugas di peringkat separuh akhir dengan cemerlang apabila menjuarai saingan tersebut sekali gus menempah tiket ke final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung sebentar lagi.

Meskipun berdepan cabaran pelumba Jerman, Maximilian Levy serta pelumba Perancis, Harrie Lavreysen, namun pecutan yang dilakukan pada penghujung perlumbaan nyata memberi kelebihan buat juara dunia 2017 itu.

Kini peluang negara untuk menjelmakan pingat dalam acara tersebut semakin terbuka.

Pada aksi final nanti, Azizulhasni akan berdepan juara bertahan dari Great Britain, Jason Kenny, Matthew Glaetzer (Australia), Levy, Lavreysen dan juga pelumba Suriname, Jair Tjon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI