fbpx

Seronok aibkan, fitnah orang, adakah anda mulia – Tauke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tauke

PETALING JAYA – Pelawak Tauke Jambu rimas apabila sehingga kini namanya masih disebut-sebut dalam kalangaan media dan netizen berhubung kes jenayah pemerdagangan manusia melibatkan seorang pelawak terkenal yang tular dalam media sosial.

Tauke menerusi InstaStory menyifatkan tindakan mengumpat dan menfitnah seseoarang tanpa usul periksa seolah-olah sudah menjadi makanan kalangan masyarakat.

“Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati. Adakah kita rasa begitu mulia?

“Kepada media, blogger dan wartawan, pen yang anda pegang adalah amanah untuk membetulkan dan menghebahkan kebenaran bukan ruang menambah dosa.

“Anda juga menjadi suis buka ruang dosa orang lain. Jadilah imam kepada mereka bukan dajal kepada mereka,” luahnya.

Sejak seminggu, nama Tauke dipetik sebagai pelawak yang ditahan polis atas dakwaan menjadi orang tengah satu aktiviti pemerdagangan manusia untuk manipulasi seks.

Sehubungan itu, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, turut memaklumkan mahu mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat.

Status yang dimuat naik Tauke dalam InstaStory miliknya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas pada pukul 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah selepas hasil risikan dan maklumat pihak polis.

Menurutnya, dalam serbuan yang sama juga, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah talefon bimbit dalam serbuan berkenaan.

Sebelum ini, selain Tauke, beberapa nama pelawak lain seperti Shahrol Shiro, Wann Wala dan Joey Daud turut terpalit dalam isu terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI