fbpx

Lelaki ditemui mati tepi kereta positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang ditemui mati di tepi kereta di Taman Tunku Hamimah, Sungai Petani pada pagi tadi disahkan positif Covid-19.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki yang ditemui mati di tepi sebuah kereta berhadapan kedai dobi di Taman Tunku Hamimah di sini pagi tadi disahkan positif Covid-19.

Mangsa, Mohd. Shahir Shafie, 38, dari Taman Baiduri di sini dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi kereta jenis Perodua Kancil oleh pekerja syarikat pembersihan pada pukul 8.50 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pekerja itu sedang menyapu sampah sebelum ternampak mangsa berjalan kaki menuju ke kedai dobi tersebut.

“Mangsa tiba-tiba rebah di tepi kereta Perodua Kancil dan terus tidak sedarkan diri.Pekerja terbabit menghubungi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan bantuan,” katanya di sini hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke HSAH.

“Ujian saringan mendapati mangsa positif Covid-19 dan bedah siasat dijangka dilakukan esok,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI