fbpx

Akibat perjumpaan rakan, Felda Sg. Panching Selatan kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebuah lagi skim tanah rancangan persekutuan di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Isnin ini yang membabitkan Felda Sungai Panching Selatan dalam Mukim Kuala Kuantan 2, Daerah Kuantan.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia susulan pengumuman Kluster Sungai Panching Selatan semalam berpunca akibat satu perjumpaan rakan sebelum menjangkiti keluarga dengan 73 orang disah positif Covid-19.

Turut dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah Kampung Orang Asli Sungai Bot di Batu 23, Jalan Manchis, Karak, Daerah Bentong dan Jalan Feri Lama, Teluk Gading, Daerah Rompin selain dua lokaliti dalam Daerah Maran iaitu Kampung Paya Besar Kertau dan Felda Seroja Jengka 18 setelah beberapa lagi perkampungan di Gugusan Jengka itu dikenakan PKPD.

“Selebihnya melibatkan Sabah antaranya empat lokaliti dalam Bahagian Tawau iaitu Flat Sri Semarak, Taman Semarak Indah, Taman Semarak Jaya dan Taman Sejati; Kampung Guunsing-Novunsu dan Kampung Koidupan, Daerah Penampang serta Kampung Baru Kimanis, Daerah Papar.

“Sementara baki dua lagi ialah Kampung Marau, Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman dan Kampung Tanjong Kapor, Bahagian Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI