fbpx

Noraini pula letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengajian Tinggi berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman peletakan jawatan melibatkan Ketua Wanita UMNO itu menyusul tiga hari selepas kenyataan sama dibuat Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

“Berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu, saya akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI