fbpx

Katil ICU Covid-19 di Kedah hampir penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katil ICU bagi pesakit Covid-19 di Kedah hampir penuh.

SUNGAI PETANI – Lebih 90 peratus daripada 96 katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di tiga hospital utama di negeri ini digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 tahap empat dan lima dalam satu masa, sejak kebelakangan ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo memberitahu, penggunaan katil ICU di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dan Hospital Kulim dekat sini kini hampir penuh.

“Jumlah katil di wad ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital awam di negeri ini adalah sebanyak 96 katil dan ia termasuk wad biasa yang dijadikan ICU.

“Bilangan pesakit yang masuk dan keluar dari ICU sentiasa berubah dan ada masanya 90 pesakit dan ada masa sehingga 94 pesakit,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Amanjaya Sports Arena di sini hari ini.

Menurut beliau, tempoh rawatan bagi setiap pesakit yang lama iaitu purata 21 hari turut menyebabkan katil di ICU sentiasa dalam keadaan hampir penuh. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI