fbpx

SPAN gerakkan 12 lori tangki ke Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangki statik yang ditempatkan di lokasi terjejas bekalan air.

CYBERJAYA – Sebanyak 12 lori tangki daripada enam buah syarikat operator air digerakkan ke Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu susulan gangguan bekalan air di dua daerah itu yang dikesan sejak 2 Ogos lalu.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan hari ini berkata, pagi ini sahaja 12 lori tangki digerakkan ke lokasi terjejas.

Menurutnya, enam syarikat operator air terbabit termasuk Air Selangor, Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (RSAJ), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Lembaga Air Perak (LAP) dan Pengurusan Air Pahang Bhd. (PAIP).

“Secara keseluruhan, sejumlah 20 lori tangki agihan termasuk dari Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JPBM) ditempatkan di lokasi terjejas.

“Selain itu, lebih 40 tangki statik ditempatkan di 25 lokasi strategik demi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada pengguna,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI