fbpx

Motosikal terbabas elak serpihan tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberi bantuan kecemasan kepada mangsa dalam kejadian kemalangan di KM 385.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River awal pagi tadi.

SLIM RIVER – Seorang pemuda terselamat apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 385.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Slim River awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak serpihan tayar yang berada di atas jalanraya.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 pagi.

Menurut jurucakap tersebut, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River diketuai PBK II Yusli Abdul Latif dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa, Alif Amirul Harun, 21, dipercayai menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Tapah.

“Akibat kemalangan tersebut, motosikal mangsa terbabas dan terbakar,” kata jurucakap itu.

Mangsa yang terselamat hanya mengalami kecederaan pada kepala dan tangan serta diberikan rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Slim River. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI