fbpx

Kerajaan luluskan penggunaan vaksin Moderna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memberi pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana vaksin Covid-19 Moderna di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini.

“Mesyuarat telah bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) daripada pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol.

“Produk Spikevax ini juga dikenali sebagai vaksin Covid-19 Moderna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI