fbpx

Tarikh undian Piala AFF Suzuki ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIETNAM muncul juara terakhir Piala AFF Suzuki pada 2018 sebelum ia ditangguhkan kerana pandemik Covid-19. - AFP

PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan tarikh undian bagi peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang sepatutnya berlangsung pada awal bulan ini terpaksa ditangguhkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu, proses undian yang dijadualkan berlangsung di Singapura tidak dapat dilakukan kerana pandemik Covid-19.

Presiden AFF, Khiev Sameth berkata, pihaknya memahami situasi yang melanda Singapura yang mana penularan Covid-19 ketika ini memasuki gelombang baharu dan kerajaan tempatan perlu berwaspada.

“Singapura telah berjaya mengekang penularan Covid-19 sebelum ini dan pihak kami memahami langkah yang perlu kerajaan lakukan dalam memastikan keselamatan di negara itu terjamin.

“Justeru, AFF mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh undian Piala AFF Suzuki 2020 yang hanya akan diumumkan kemudian.

“Dalam masa yang sama, kami tetap meneliti perkembangan wabak Covid-19 di rantau ini sebelum membuat keputusan lanjut mengenai penganjuran kejohanan kelak,” kata Sameth dalam satu kenyataan.

Saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu telah ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum tarikh baharu ditetapkan pada 5 Disember hingga 1 Januari depan.

Pasukan Vietnam merupakan juara bertahan selepas menewaskan Malaysia 3-2 dengan keputusan agregat pada saingan edisi 2018. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI