fbpx

Tiga pengedar dadah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai yang dirampas selepas penahanan tiga lelaki di sekitar Jinjang semalam.

PETALING JAYA – Tiga lelaki warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di hadapan sebuah hotel sekitar Jinjang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menahan dua lelaki berusia awal 30-an di sekitar kawasan Jinjang.

“Mereka ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

“Polis turut menemui 10 paket plastik disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 130.50 gram bernilai RM13,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, hasil ujian saringan mendapati, salah seorang suspek yang ditahan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan, suspek ini juga mempunyai 25 rekod lampau berkaitan jenayah dan tujuh rekod berkaitan dadah.

“Sementara rakannya tiada rekod lampau dan negatif dari sebarang pengambilan dadah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, suspek terakhir ditahan pada hari yang sama pada pukul 7.45 malam.

“Lelaki terbabit merupakan kenalan kepada salah seorang suspek yang ditahan. Lelaki ini cuba menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 kepada anggota polis sebagai sogokan untuk membebaskan rakannya.

“Suspek telah diberi amaran supaya tidak meneruskan niatnya namun tidak diendahkan. Kita telah menahan suspek termasuk merampas wang tunai berjumlah RM10,000,” jelasnya.

Tangkapan dan barangan kes telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI