fbpx

Pembunuh ketua jururawat dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Adik ketua jururawat di Hospital Serdang yang mati dibunuh seorang lelaki warga Nigeria memanjatkan rasa syukur apabila keadilan akhirnya berpihak kepada mereka.

Khairani Mohd. Kamarudin, 38, berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini jelas melegakan mereka selepas sentiasa mendoakan agar kebenaran terbukti berhubung kes pembunuhan kakaknya itu.

“Selama ini kita mendoakan keadilan didedahkan, hopefully (diharapkan) inilah keadilannya.

“Harap tiada apa lagi berkait lepas ini (berhubung pembunuhan tersebut),” katanya ketika ditemui di luar makhkamah hari ini.

Siti Kharina

Terdahulu, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas tertuduh didapati bersalah membunuh Siti Kharina, 40, dua tahun lalu.

Ab. Karim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan hari ini.

“Mahkamah sukar menerima keterangan tertuduh sebelum ini yang berbeza dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bahawa telah meninggalkan kediaman si mati pada 9 Mei 2019, sebaliknya berada di lokasi kejadian.

“Itu rekaan tertuduh sahaja. Malah, pihak pendakwaan juga membuktikan tertuduh satu-satunya yang mempunyai akses ke dalam rumah si mati berdasarkan kad akses digunakan tertuduh.

“Kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati juga ada pada baju tertuduh,” katanya dalam penghakimannya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga selesai keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas dipohon peguam Shafinah Taib yang mewakili tertuduh.

Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 tengah malam, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei 2019.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Kosmo! pada 17 Mei pada 2019 melaporkan misteri kehilangan seorang Kketua jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari pintu rumah itu kira-kira pukul 2.30 petang. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI