fbpx

Mayat bayi lelaki di tangga premis perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang bayi lelaki ditemui orang awam di tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan tengah hari tadi. -Foto Ihsan Polis

PENAMPANG – Mayat seorang bayi lelaki ditemui orang awam di tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang mahu memaklumkan tentang penemuan bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu.

“Kita menerima makluman tentang penemuan bayi berkenaan pada pukul 1.10 petang.

“Polis mendapati bayi lelaki terbabit diletakkan di dalam sebuah beg plastik sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudiannya mengesahkan bayi berkenaan baru dilahirkan namun sudah meninggal dalam tempoh lebih kurang enam jam sebelum ditemui.

“Mayat bayi terbabit sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Haris berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI