fbpx
Lelaki berkenaan menunjukkan gambar kecederaan didakwa dialaminya akibat dipukul bekas isterinya.

Lelaki dakwa bercerai sebab isteri selalu naik tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seorang suami mendakwa menceraikan isteri kerana sudah lama bersabar dengan sikapnya setiap kali bergaduh naik tangan.

Kisah bekas pasangannya itu tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini kerana wanita itu cuba untuk membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan jiran.

Lelaki itu yang berusia 30-an itu juga menafikan dakwaan isterinya diceraikan ketika dalam pantang hanya kerana buku klinik kesihatan koyak.

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak dan mengugut mahu mencederakan saya.

“Bagi saya itu sudah melampau kerana sebelum ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya bila kami gaduh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pada waktu itu dia sudah tidak tahan dan buat keputusan untuk menceraikan bekas isteri.

Jelasnya, dia mengakui pernah bercerai pada dua tahun lalu dan rujuk semula selepas diminta isterinya.

“Sepanjang jadi suami, saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya. Saya tetap sayangkan anak-anak namun berharap masyarakat dapat berhenti daripada terus menghukum saya,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929