fbpx
WAN AHMAD FAYHSAL

Fayhsal yakin penerjun negara mampu lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal percaya penerjun negara, Cheong Jun Hoong berpeluang memenangi pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jun Hoong dan Pandelela Rinong menggalas cabaran negara pada aksi kelayakan dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita yang dijadualkan berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Fayhsal yakin Jun Hoong yang turun dengan status sebagai juara dunia 2017 mampu melakar kejutan sekiranya dia menampilkan aksi terbaiknya pada edisi kali ini.

“Pada pengamatan saya sebagai Timbalan Menteri, atlet-atlet kita yang akan beraksi esok (hari ini) adalah prospek untuk memenangi pingat. Warna apa itu terpulang kepada takdir.

“Bagi saya, Jun Hoong boleh lakar kejutan dalam acara terjun kerana dia adalah bekas juara dunia. Oleh itu, saya yakin dia boleh lakukan sesuatu, begitu juga dengan Lela (Pandelela),” katanya.

Sebagai rekod, Jun Hoong dan Pandelela pernah melakar kejutan pada Sukan Olimpik Rio 2016 apabila merangkul pingat perak menerusi acara 10m platform seirama wanita.

Sementara itu, Fayhsal turut menjangkakan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berada pada prestasi terbaik untuk menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia.

Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom memulakan cabaran pada Olimpik Tokyo apabila turun pada aksi kelayakan dalam acara pecut individu lelaki di Velodrom Izu hari ini.

POPULAR