fbpx

Tuah pisahkan Dhabitah dan pingat gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHABITAH menamatkan saingan di tempat keempat, namun dia berjaya memperbaiki kedudukan dari tangga keenam ketika saingan separuh akhir kelmarin. – ASIANA

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri tidak perlu kecewa meskipun terlepas pulang untuk menghadiahkan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 buat seluruh rakyat Malaysia dalam acara tiga meter (m) papan anjal individu.

Sebaliknya, penerjun berusia 22 tahun itu harus berbangga dengan prestasinya apabila terlepas satu anak tangga sahaja apabila menamatkan aksi final itu pada tempat keempat di Pusat Akuatik Tokyo semalam.

“Saya tak rasa apa-apa, hanya menikmati terjunan hari ini. Saya menangis bukan sebab sedih atau tak menang tetapi saya berbangga dengan diri sendiri.

“Saya hilang keyakinan sebelum saingan Olimpik bermula tetapi saya dapat berikan aksi terbaik untuk meraih tempat keempat. Saya berpuas hati kerana dapat meraih pengalaman ini,” katanya.

Dhabitah sudah berada dalam kedudukan podium sebelum penerjun ter­akhir yang juga juara bertahan, Shi Tingmao dari China melakukan terjunan kelima menyebabkan dia tergelincir jatuh ke tempat keempat de­ngan 326.15 markah ke­seluruhan.

Terjunan terakhir­ Tingmao menyaksikan dia berjaya mempertahankan pi­ngat emas dimenangi­nya pada edisi Rio 2016 selepas meraih markah ‘sempuna’ dalam setiap pusingan de­ngan keseluruhan 383.50 mata.

Pingat perak pula menjadi milik seorang lagi penerjun China, Wang Han dan gangsa dimenangi Krysta Palmer dari Amerika Syarikat.

Pada usia yang masih muda, Dhabitah dilihat masih mempunyai banyak peluang untuk memburu kejayaan pada saingan selepas ini terutama pada Olimpik 2024 di Paris, Perancis nanti.

Sandaran negara selepas ini beralih kepada Pandelela Rinong dan Cheong Jun Honng yang akan turun bertanding dalam saringan 10m platform individu pada Rabu ini.

Sebagai rekod, Pandelela dan Jun Hoong adalah harapan terbaik skuad terjun negara selepas mereka berdua berjaya menyumbang pingat perak dalam acara 10m platform seirama pada edisi Rio 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI