fbpx

Polis siasat Geng Thilai 04

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tular di media sosial Facebook mengenai kegiatan gansterism di Ipoh.-FOTO/MEDIA SOSIAL

IPOH-Polis menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat dakwaan tular di media sosial mengenai kegiatan gansterisme dikenali Geng Thilai 04 di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kegiatan kumpulan yang didakwa aktif sekitar Buntong itu didedahkan seorang individu di laman sosial Facebook dan tular sejak semalam.

“Pihak polis memandang serius aduan ini.

“Bagi mengesahkan kesahihan maklumat, satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kesemua maklumat yang diberikan pengadu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, pihaknya berterima kasih dengan maklumat yang disalurkan namun menasihatkan orang awam agar tidak mendedahkan identiti peribadi dan membuat aduan sulit melalui kaedah tular di media sosial demi keselamatan.

Katanya, aduan atau maklumat sewajarnya dihantar melalui Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau ketua polis daerah Ipoh menerusi emel [email protected]. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI