fbpx
PASANGAN China berjaya merangkul pingat emas acara kejar mengejar wanita menewaskan gandingan Jerman selain perbaharui rekod dunia. - AFP

China pertahan emas, perbaharui rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD  berbasikal China terus melakukan kejutan apabila mempertahankan pingat emas dalam acara pecut berpasukan wanita di Olimpik Tokyo sebentar tadi.

Jaguh berbasikal dari China, Bao Shanju dan Zhong Tianshi meraih pingat emas selepas berjaya mengatasi pasangan dari Jerman, Lea Friedrich dan Emma Hinze dengan catatan 31.895 saat (s).

Kejayaan tersebut sekali gus memastikan Tianshi mempertahankan pingat emas yang diraih lima tahun lalu ketika di Sukan Olimpik Rio (2016).

Lebih menarik, di sebelah petang, pasangan China itu turut mempamerkan aksi memukau apabila berjaya memperbaharui rekod dunia dalam pusingan kelayakan dengan catatan 31.804s sekali gus memadam rekod lama (32.034s) yang dicipta Tianshi dan Gong Jinjie pada kejuaraan dunia 2015.

“Sudah pasti saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya menghadapi banyak masalah.

“Jadi, bagi saya kejayaan ini sungguh mengagumkan. Bila kami menempah tiket ke final, tiada perkara lain selain fokus untuk melakukan terbaik,” kata Tianshi. -AGENSI

BERITA BERKAITAN