fbpx

Bekas bintang K-pop ditahan disyaki perkosa gadis 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS WU bergambar bersama seorang supermodel semasa menghadiri satu acara hiburan di Bandar Raya New York pada 6 November 2018. - AFP

BEIJING – Bintang pop berdarah China-Kanada,  Kris Wu ditahan kerana disyaki melakukan jenayah rogol, kata polis Beijing semalam.

Pada minggu lalu, seorang pelajar berusia 19 tahun, Du Meizhu menuduh Wu telah merogolnya pada usia 17 tahun semasa mereka keluar temu janji.

Tuduhan itu menyebabkan Wu dikecam hebat oleh netizen dan mendorong beberapa jenama mewah membatalkan perjanjian pengiklanan dengannya.

“Wu Yifan, 30, yang merupakan warganegara Kanada kini ditahan sebagai penjenayah oleh Biro Keselamatan Awam Beijing cawangan Chaoyang kerana disyaki melakukan pemerkosaan,” kata polis daerah Chaoyang  dalam satu kenyataan di laman sosial Weibo dan  menggunakan nama Cina Wu.

Polis berkata, pihaknya melancarkan siasatan setelah Wu yang merupakan salah seorang selebriti paling popular di China, dilaporkan oleh pengguna internet kerana ‘berulang kali memperdayakan wanita muda untuk tujuan hubungan seks’.

Wu melonjak popular semasa menganggotai kumpulan K-pop, EXO sebelum keluar pada 2014 untuk melancarkan kerjaya solo sebagai penyanyi, pelakon, model dan hakim program hiburan.

Sejak tuduhan Meizhu, lebih ramai mangsa tampil  membuat pendedahan secara online dengan menuduh kakitangan Wu cuba mengumpan gadis dengan mengundang mereka ke pesta karaoke yang menghidangkan minuman keras.

Dalam pada itu, jenama terkenal termasuk Louis Vuitton, Bulgari, L’Oreal Men dan Porsche menangguhkan projek mereka dengan Wu susulan pendedahan tersebut.

Bintang itu yang juga memiliki kewarganegaraan Kanada dan dibesarkan antara Vancouver serta  Guangzhou, telah menolak semua tuduhan terhadap dirinya.

“Saya hanya bertemu Meizhu sekali pada pertemuan bersama rakan-rakan. Saya tidak memberikan minuman beralkohol kepadanya.  Saya tidak pernah memaksa wanita melakukan seks atau melakukan ‘pemerkosaan semasa keluar temu janji,” tulisnya pada 19 Julai lalu, malah Wu menambah tidak meniduri gadis bawah umur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI