fbpx

TAPCKL tawar peluang kerja dalam norma baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Agensi hartanah, Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. (TAPCKL) membuka peluang kerjaya dalam bidang hartanah bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Agensinya, Muhamad Rais Yeop Johari berkata, pengambilan itu adalah usaha bagi membantu mereka yang hilang punca pendapatan dan ingin bangkit menerokai bidang baharu dalam hartanah di negara ini.

“Ketidaktentuan pandemik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah masa terbaik untuk golongan ini mendapat pekerjaan.

“Peluang kerjaya ini adalah sebahagian usaha untuk menggerakkan ekonomi domestik dalam bidang ini,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, mereka yang terpilih akan diberi latihan dan kursus norma baharu dalam talian bagi memahami dunia baharu yang bakal diceburi.

“Ini adalah salah satu alternatif dan usaha kami memberi peluang kepada mereka yang tiada pekerjaan dalam mensejahterakan ekonomi negara,” ujarnya.

Muhamad Rais berkata, sesi taklimat kerjaya itu akan dibuat atas talian aplikasi Zoom pada 4 Ogos depan.

Mereka yang berminat untuk tempahan slot boleh melayari Facebook Page: Transasia Property Consultancy Sdn. Bhd. Kuala Lumpur dan menghantar e-mel [email protected] atau hubungi di 012-2699 053 dan 017-419 8264. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI