fbpx

Tanah perkuburan di Cyberjaya urus jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi' Cyberjaya (dahulu dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Cyber 10)

SEPANG – Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di Cyberjaya akan dijadikan sebagai salah satu lokasi pengebumian jenazah Covid-19 daripada Hospital Serdang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari ketika lawatan rasminya ke Hospital Serdang baru-baru ini.

“Sebanyak 20 liang lahad telah disediakan dan pihak pengurusan sedia menerima bagi menguruskan pengebumian jenazah pada bila-bila masa.

“Perkhidmatan pengurusan yang disediakan di tanah perkuburan ini adalah menerima permohonan pengebumian, pengurusan jenazah, pengawasan dan penyelenggaraan tanah perkuburan,” katanya melalui perutusan Mesyuarat Ahli Majlis MPSepang Bil 7/2021 hari ini.

Jelasnya, tanah perkuburan seluas 1.89 hektar dengan sembilan zon itu mampu memuatkan lebih 1,500 unit kubur termasuk untuk dewasa, kanak-kanak dan kubur anggota badan.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Abd. Hamid berkata, perkhidmatan mengurus jenazah Covid-19 bagi bukan beragama Islam pula akan dilaksanakan di Kubur Bersepadu Sepang di Pekan Sepang bagi tujuan pengebumian dan urusan krematorium bersesuaian. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI