fbpx

Dua ditahan rentas daerah untuk beli durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah membantu IPD Sipitang dalam melaksanakan pemantauan sekitar daerah menerusi udara. -Foto Ihsan PDRM

SIPITANG – Polis menahan dua kenderaan terdiri daripada sebuah van penumpang serta pacuan empat roda yang membawa muatan durian kerana gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Naluyan semalam.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, semua kenderaan terbabit dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu ke Sipitang bertujuan membeli durian, tetapi cuba berselindung di sebalik surat pengesahan sebuah agensi kerajaan.

“Semua kenderaan ini dikesan dari udara menerusi Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah sebelum ditahan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Naluyan.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati kedua-dua pemandu gagal menunjukkan permit polis rentas daerah yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua pemandu itu dikenakan tindakan kompaun berikutan kesalahan merentas daerah tanpa permit polis selain menyalah guna surat pengesahan agensi kerajaan hanya untuk membeli durian di Sipitang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI