fbpx

[VIDEO] Rumah PM jadi tumpuan Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan rasmi dipercayai membawa menteri dilihat keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara hari ini. -SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Sebuah kenderaan rasmi dipercayai Jemaah Menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini hari ini.

Kereta jenis Toyota Vellfire itu dilihat melepasi pondok pengawal sebelum menuju ke arah kediaman Perdana Menteri sekitar pukul 1.15 tengah hari tadi.

Dipercayai kenderaan beberapa menteri Kabinet dan Peguam Negara memasuki ke kediaman Muhyiddin.

Petugas media berkumpul di pekarangan kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.- SHIDDIEQIIN ZON

Dilaporkan, terdapat beberapa buah kenderaan rasmi lain turut memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri sejak pukul 12 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI