fbpx
KEADAAN traktor dipandu seorang lelaki warga Indonesia yang terbabas dan terjatuh ke dalam parit di Kampung Sungai Ranggam, Kampung Gajah, Pasir Salak.

Lelaki warga Indonesia maut dihempap traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR SALAK – Seorang lelaki warga Indonesia maut dihempap traktor selepas jentera yang dipandunya terbabas dan terbalik ke dalam parit di Kampung Sungai Ranggam, Kampung Gajah, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 1.51 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Berdasarkan maklumat, jentera mini yang digunakan untuk mengangkut buah kelapa sawit itu telah terbalik ke dalam parit dengan terdapat seorang mangsa tersepit.

“Mangsa berusia 25 tahun itu bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum kehadiran bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 3.15 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN